Kursus Intensif ATLAS.ti (Bahasa Malaysia)
ATLAS.ti Intensive Course - From Zero to Hero!
Description
*Dikemaskini Jun 2020
Kemajuan teknologi semestinya memudahkan hidup kita semua. Kepada para pelajar di peringkat sarjana (master degree) serta pelajar doktor falsafah (PhD), tentunya sentiasa bermain dengan bahan-bahan pengajian termasuklah buku-buku teks, nota-nota dan sebagainya. Dengan perisian ATLAS.ti, kita tidak lagi perlu risau untuk menyimpan semua bahan-bahan tersebut. ATLAS.ti akan memudahkan kita untuk mengesan kembali bahan-bahan yang kita perlukan.
Perisian ATLAS.ti juga adalah suatu perisian yang sangat berguna khususnya untuk menganalisa data-data kualitatif. Menggunakan kaedah tradisional untuk menganalisa data-data kualitatif tentunya memenatkan dan cara tersebut mungkin memerlukan ruang yang luas, masa yang lama serta pengurusan yang sistematik. Dengan perisian ATLAS.ti, kita akan mampu menganalisa data-data tersebut dengan cara yang sangat mudah dan berkesan.
Secara umumnya, kursus ini akan menerangkan kepada anda tentang perkara-perkara berikut:
Prinsip-prinsip asas perisian ATLAS.ti
Cara menggunakan atlas.ti untuk menguruskan data-data
Cara menganalisa data-data kualitatif
Pengenalan kepada CAQDAS
Cara install perisian ATLAS.ti
Prinsip VISE dalam ATLAS.ti
Istilah-istilah dalam ATLAS.ti
Keperluan teknikal untuk ATLAS.ti
Perbezaan umum antara atlas.ti windows & mac
Antara muka (interface) ATLAS.ti
Jenis dokumen yang diterima ATLAS.ti
Cara membuat projek baru
Cara mengekspot projek
Cara memasukkan dokumen ke dalam projek
Cara memasukkan komen (catatan) pada dokumen
Cara meletakkan dokumen-dokumen dalam kumpulan (document group)
Cara membuat laporan (report) bagi dokumen-dokumen
Cara membuat petikan bebas (free quotation)
Cara membuat kod (code)
Cara membuat petikan & kod pada dokumen jenis imej
Cara membuat petikan & kod pada dokumen audio/video
Cara membuat kumpulan kod (code group)
Cara membuat laporan (report) bagi kod-kod
Cara membahagikan kod
Cara mengesan kedudukan petikan (quotation)
Cara membuat hubungkait antara kod-kod/petikan-petikan
Cara hubungkait simantik (simantic linkages)
Cara visualisasi awan perkataan (word clouds)
Cara menggunakan 'query tool'
Cara analisa persetujuan antara pengekod-pengekod (inter-coder agreement)
Cara visualisasi jadual 'co-occurrence' & 'code-document'
Cara berkolaborasi menggunakan atlas.ti
Cara menggunakan awan ATLAS.ti (ATLAS.ti cloud)
Selain daripada kandungan kursus di atas, anda juga akan mendapat beberapa perkara yang menarik, antaranya:
Bahan-bahan pembelajaran yang boleh dimuat turun, ia termasuklah manual perisian ATLAS.ti untuk Window & Mac, helaian kerja (worksheet) serta contoh artikel yang telah diterbitkan di jurnal.
Dapat bersama dalam Komuniti ATLAS.ti. Dengan mengikuti kursus ini, anda akan mendapat akses kepada Facebook Group ATLAS.ti Community. Ia adalah tempat di mana anda akan mendapat sokongan secara berterusan berkaitan perisian ATLAS.ti seterusnya dapat memastikan anda sentiasa mendapat tahu perkembangan-perkembangan terkini berkaitan dengan perisian ATLAS.ti serta kajian kualitatif.
Tugasan/latihan yang akan menyebabkan anda lebih memahami & mahir menggunakan perisian ATLAS.ti. Kursus ini dibahagikan kepada 6 seksyen di mana, di hujung setiap seksyen terdapat kuiz yang akan menilai kefahaman anda berkaitan kandungan kursus. Ini akan menambahkan lagi kefahaman anda berkaitan dengan perisian ATLAS.ti.
Jurulatih yang profesional diiktiraf oleh ATLAS.ti yang akan cuba membantu anda menguasai perisian ATLAS.ti. Dr Muhd Al-Aarifin Ismail adalah jurulatih profesional perisian yang telah diiktiraf oleh pihak ATLAS.ti yang berpenkalan di Berlin, Jerman.
PENGHARGAAN
Terima kasih tidak terhingga kepada Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan (Naib Canselor, USM) yang sentiasa menggalakkan kami para pensyarah USM untuk menghasilkan bahan-bahan digital (digital content) untuk dikongsikan dengan semua lapisan masyarakat di luar sana.
Ribuan terima kasih kepada Profesor Dr Shaiful Bahari Ismail (Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM) yang sentiasa menyokong usaha ini. Terima kasih kepada Profesor Madya Dr Mohamad Saiful Bahri Yusoff (Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan) yang sentiasa memberi galakan dan sokongan untuk saya aktif dalam penghasilan 'digital content' untuk menfaat semua.
Terima kasih kepada Profesor Abd Karim Alias (Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik, USM) yang sentiasa menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti latihan untuk pensyarah-pensyarah serta pelajar di Universiti Sains Malaysia khususnya serta universiti-universiti lain pada amnya.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan pensyarah di Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM. Dr. Ahmad Fuad Bin Abdul Rahim, Dr. Mohamad Najib Bin Mat Pa, Dr. Mohd Zarawi B. Mat Nor, Dr. Nik Mohd Rizal Mohd Fakri, Dr. Jamilah Al-muhammady Mohammad, Dr. Anisa Binti Ahmad, Dr. Nurhanis Syazni Binti Roslan dan Dr Rosniza Abd. Aziz.
PERNYATAAN PENAFIAN (DISCLAIMER)
Kursus ini adalah berfokus kepada penggunaan perisian untuk membantu para penyelidik menguruskan data kualitatif masing-masing. Penekanan adalah lebih kepada perkara-perkara teknikal berkenaan dengan ATLAS.ti. Kursus ini bukan kursus rasmi berkaitan dengan ilmu kajian kualitatif.
Saya (sebagai jurulatih ATLAS.ti bertauliah) telah cuba sedaya upaya untuk memastikan semua perkongsian dalam kursus adalah berdasarkan asas ilmu kajian kualitatif. Walaubagaimanapun, saya menafikan bahawa saranan-saranan yang dikongsikan adalah amalan terbaik (best practice) atau garis panduan (guideline) bagi ilmu kajian data kualitatif.
Oleh yang demikian, para peserta kursus ini tidak boleh menggunakan kandungan kursus ini sebagai hujah atau sandaran untuk tujuan 'thesis defend' khususnya berkaitan dengan disiplin ilmu kajian kualitatif dan seumpamanya. Untuk tujuan data kualitatif, adalah dicadangkan agar para peserta semua merujuk kepada sumber yang lebih berautoriti seperti buku-buku teks berkaitan kajian kualitatif serta bahan-bahan ilmiah yang telah diterbitkan di jurnal-jurnal yang berkredibiliti.
KREDIT MUSIK LATAR
Musik latar video promo:
Upbeat Corporate by JP Bianchini, Music promoted by Audio Library Youtube Channel
Musik latar video-video tutorial:
Music: Blue Skies - Silent Partner, Music promoted by Audio Library Youtube Channel
Templat montaj Tutorial
Logo PA Youtube channel
What You Will Learn!
- Cara menggunakan ATLASti untuk menganalisa data kualitatif
Who Should Attend!
- Pelajar-pelajar sarjana dan doktor falsafah
- Pensyarah-pensyarah
- Penyelidik-penyelidik