What is AUTOCAD?
Tatacara Penggunaan AUTOCAD2022
Description
AutoCAD2022 adalah perisian untuk melukis dan merekabentuk bangunan yang sering digunakan didalam industri senibina, kejuruteraan dan pembinaan. Kursus ini disediakan untuk memudahkan arkitek, jurutera serta pelukis pelan untuk menggunakan AutoCAD2022. Teori dan tutorial penggunaan ditunjukkan dengan jelas didalam setiap bab didalam kursus ini.
Kursus ini dibangunkan untuk membantu para arkitek, jurutera awam, jurutera struktur, jurutera mekanikal, jurutera elektrikal, penghias dalaman, perekabentuk perabot, pelajar dan cikgu sekolah teknik dan vokasional, pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi serta awam yang mempunyai minat dalam menggunakan AutoCAD2022.
Dalam kursus ini, anda akan didedahkan kepada pengetahuan yang berikut:
1. Apakah interface AutoCAD2022 dan apa bezanya dengan versi AutoCAD yang lain?
2. Bagaimanakah saya memulakan untuk melukis bangunan didalamAutoCAD2022?
3. Jika saya ingin mengubah lukisan bangunan saya, bagaimanakah caranya?
4. Bagaimana saya dapat pastikan lukisan bangunan saya didalam unit dan dimensi yang betul?
Didalam kursus ini, anda akan ditunjukkan kaedah menggunakan perisian yang selalu digunakan oleh para arkitek dan jurutera didalam industri senibina, kejuruteraan dan pembinaan. Software ini adalah AUTOCAD2022 dan anda boleh memuatturun software ini di website AutoDesk.
Semua peralatan (tools) bagi software ini diterangkan menggunakan contoh projek pembinaan mapan yang bertajuk Net Zero Energy Residence Test Facility (NZERTF).
Anda boleh memuatturun semua video dan bahan pengajaran untuk memudahkan anda mengulangkaji kursus ini semasa lapang.
Semoga anda akan beroleh manfaat hasil daripada menjalani kursus ini!
What You Will Learn!
- 1.0 Interface
- 2.0 Home
- 3.0 Ribbons
- 4.0 Units
- 5.0 Options
- 6.0 Draw
- 7.0 Modify
- 8.0 Dimensions
Who Should Attend!
- Pelajar dan cikgu sekolah teknik dan vokasional
- Pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi
- Pelukis Pelan
- Arkitek
- Jurutera
- BIM Modeller
- CAD Executive
- Perekabentuk Perabot
- Orang awam yang berminat dengan rekabentuk berbantu komputer